Malam Pertama Pengantin Baru (18++)


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?sapa Pak Ucu.

Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu. Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan

Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji isteriku.

Wa alaikummussalam. Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

Kringggggg.....

Tik..tik..tik..tik...

Kring.. kring..kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. .

Dalam hatiku.. cilako punya kengkawan. Potong stim betullah.

hahaha

{ 9 comments.. read them below or add one }

Amroy Kazan Amroy Kazan 7 Jun 2012 1:44 PTG
hahahah,adoi terkene siot...
Tanpa NamaTanpa Nama 5 Julai 2012 9:07 PTG
haha..pernah hampir nak terkena,sib baik buka hadiah dulu...hihihihi...
jojoba jojoba 16 Disember 2012 8:37 PTG
hahaha... lawak troll kekawan pengantin.. Jom buat duit sama-sama!! http://www.emailcashpro.com/?source=[Friend's Email]&r=joedanmx
Tanpa NamaTanpa Nama 22 Disember 2012 7:23 PTG
Nanti nk try buat laa,haha
kopi pasta kopi pasta 14 Januari 2013 1:56 PTG
hahaha troll terbaik drp rakan2..
Putra Nakal Putra Nakal 19 Februari 2013 3:01 PTG
aku nak try kat kwn2 aku la... hahahhahaaaaaha