Peminta Sedekah Beli Kereta Proton RM10


Hari tu memang ceria untuk Ajoi. Beliau sudah cukup duit untuk membeli kereta baru. Baru untuk dia, sebab dia adalah pemilik yang baru, walaupun kereta tu dah dijual oleh penjual kereta terpakai. Dalam perjalanan ke kedai kereta terpakai, dia singgah sekejap ke Pasar Tani untuk membeli sedikit minuman. Terpandang olehnya seorang peminta sedekah yang cacat anggotanya. Dihulurnya RM10 sebagai sedekah.

Hampir sampai ke kedai kereta terpakai itu, dia mengira semula duit yang ada. Ahhhh... tak cukup RM10 dari harga yang dipersetujui semalam dengan tauke kereta terpakai itu. Tanpa berfikir panjang beliau berpatah balik ke Pasar Tani dan berjumpa kembali peminta sedekah.

Ajoi : Encik... saya minta maaf. Saya macam buruk siku je... rasa segan nak cakap
Peminta Sedekah : Kenapa nak?
Ajoi : tadi saya sedekahkan pakcik RM10. Saya nak minta duit tu balik
Peminta Sedekah : Kenapa nak minta balik?
Ajoi : Saya tak cukup RM10 nak beli kereta
Peminta Sedekah : Kereta apa anak nak beli?
Ajoi : Proton je pakcik
Peminta Sedekah : Oooo... kalu macam tu ambik la balik duit RM10 kamu. Ni duit RM20
Ajoi : Kenapa pakcik bagi RM20 lak. Duit saya cuma tak cukup RM10 je...
Peminta Sedekah : Lagi RM10 tu anak belikan pakcik lagi sebijik la Proton tu.... nak juga pakcik pakai kereta Proton 

1 Response to "Peminta Sedekah Beli Kereta Proton RM10"