20 Tanda Anda mengalami Ketagihan Internet



Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. 


Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Betul tak?

Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.

01) Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.

02) Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.

03) Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”

04) Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!

05) Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!

06) Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!

07) Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”

08) Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”

09) Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”

10) Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”

11 Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”

12 Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).

13 Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.

14 Tidur terganggu kerana online.

15 Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.

16 Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”

17 Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.

18 Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.

19 Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”

20 Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”




Tak kan BACA jer KOMEN la Sikit..!!!

0 Response to "20 Tanda Anda mengalami Ketagihan Internet"

Post a Comment

.......


Jom Follow

Blog Terbaik

Follow on NetworkedBlogs