Kami menyediakan Perkhidmatan langganan Artikel Secara PERCUMA terus ke email anda. Dapatkan Segera Update Himpunan Cerita Menarik terkini daripada Kami
Masukkan Email Anda

4 Kamera AES Tumbang lagi

on 12/13/12


IPOH - Empat kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri ini menjadi sasaran perbuatan khianat termasuk dua daripadanya ditumbangkan pada Oktober dan November lalu.


Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ramli Awang Seberang, dua daripada kamera AES itu terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di Kilometer 376 Slim River dan Kilometer 205.6 Taiping.

Dua lagi kamera yang dirosakkan terletak di Jalan Pasir Putih di sini dan Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai.

"Kesemua kejadian dikesan berlaku pada awal Oktober lalu kecuali di Taiping pada awal bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan berhadapan hukuman penjara maksimum dua tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Laporan Asal oleh Kosmo!

Ranking: 5
Rating: 5 | Reviewer: Perantau

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment


 
© Sehinggit | Segalanya di Sini All Rights Reserved