Datin Seri Rosmah Sokong Harimau Malaya dengan Semangat 1Malaysia Boleh




KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok esok. 

"Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Hello Malaysia', terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di sini malam tadi. 

Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat '1Malaysia Boleh!'. 

Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang. - LAPOR BERNAMA 

0 Response to "Datin Seri Rosmah Sokong Harimau Malaya dengan Semangat 1Malaysia Boleh"

Post a Comment

Jom Follow

Site Info

Recent Comments Widget