Kami menyediakan Perkhidmatan langganan Artikel Secara PERCUMA terus ke email anda. Dapatkan Segera Update Himpunan Cerita Menarik terkini daripada Kami
Masukkan Email Anda

Gempar! WikiLeaks dedah sejuta dokumen tahun depan

on 12/22/12



LONDON - WikiLeaks yang mengejutkan dunia dua tahun lalu dengan mendedahkan dokumen-dokumen rahsia melibatkan hubungan diplomatik dan politik sedang membuat persediaan untuk mengeluarkan sejuta dokumen tahun depan.

Bagaimanapun Pengasasnya, Julian Assange tidak memberi butiran berkenaan dengan kandungan dokumen-dokumen yang akan dikeluarkan kelak.

Pun begitu, Assange berkata, kandungannya akan menjejaskan setiap negara di dunia ini. Beliau membuat pengumuman dari balkoni Kedutaan Ecuador di sini. Assange berada di kedutaan itu sejak enam bulan lalu.

Pihak berkuasa Britain memberi amaran akan menangkap beliau jika keluar dari kedutaan itu. "Saya datang ke sini pada musim panas. Sekarang musim sejuk," kata Assange sambil menambah, beliau tidak boleh meninggalkan premis itu selagi disiasat oleh pihak berkuasa.

Assange mendapat perlindungan di Kedutaan Ecuador pada Jun lalu bagi mengelak daripada diekstradisi ke Sweden. - Sinarharian

Ranking: 5
Rating: 5 | Reviewer: Perantau

1 comments:

  1. Persoalannya, macamana depa boleh dapat dokumen2 tu semua ha..

    Wiki Wiki

    ReplyDelete


 
© Sehinggit | Segalanya di Sini All Rights Reserved