Kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati – Ana Dahlia



“SAYA sedih sebab saya pernah sayang dia,” ujar pelakon Ana Dahlia ketika berkongsi mengenai perasaan sebaknya saat hakim syarie membacakan keputusan jatuh talak satu bagi kes perceraiannya dengan Chef Riz di Mahkamah Rendah Syariah Kajang pada 10 Disember lalu.


“Saya seorang yang sangat tabah kerana dah pernah melalui pelbagai ujian sebelum ini, di mana bapa saya kena serangan strok dan saya terpaksa berhenti belajar untuk besarkan enam adik-beradik saya. Namun, saya tak sangka yang saya akan menangis juga apabila hakim membacakan keputusan kes perceraian kami.

“Saya rasa sebak, tak tahu nak gambarkan perasaan waktu itu macam mana. Cuma saya sedih kenapa manusia tidak belajar sebelum sesuatu terjadi, kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati dan kenapa dari awal tak cuba sebaik mungkin dalam mengekalkan perhubungan. Apapun, semua ini ketentuan serta Qada dan Qadar dari Tuhan dan saya terima dengan redha. Apa yang berlaku saya jadikan tauladan. Saya anggap ini dugaan dari Tuhan,” ujarnya sambil menahan sebak.

Walaupun dituduh sebagai penyebab keruntuhan rumahtangga mereka yang hanya mampu bertahan selama 11 bulan apabila dikatakan curang dengan bekas teman lelakinya, namun pelakon yang kini popular dengan drama bersiri, ‘Cinta Itu Milikku’ di TV3 ini masih tetap dengan pendiriannya untuk mengunci rapi mulut dari membicarakan mengenai punca sebenar perceraian mereka.

“Jika ada pihak yang masih menyalahkan saya atas punca perceraian kami, saya tak boleh nak halang. Bagi saya, apa yang penting Riz dan Tuhan tahu yang saya tak curang. Saya harap masyarakat tidak terus menuding jari atau terus menilai saya sebelum mereka kenal dan tahu diri saya yang sebenar. Bagi saya, orang tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan saya tak marah dengan perkara ini. Lagipun, bukan saya tak nak cerita punca sebenar cuma saya tak nak aib atau burukkan orang lain.

Ditanya kepada pemilik nama Diyana Mastura Jaafar ini mengenai hubungannya dengan Riz selepas bercerai dan adakah mereka mungkin akan merujuk semula, Ana memberitahu, “Hubungan kami tak rapat macam dulu lagi tapi kalau sekadar bertegur sapa, saya tiada masalah. Hubungan saya dengan mertua dan adik ipar juga masih baik kerana bagi saya keluarga tetap keluarga.

“Namun, untuk bersama dengan Riz semula, mungkin tidak. Tapi, jika Tuhan dah tentukan kami berbaik balik dan memang sudah tertulis jodoh antara kami berdua, saya akan terima. Cuma buat masa ini, mungkin tidak rasanya. Saya berazam untuk tahun baru 2013 ini, harap benda yang lebih baik berlaku dalam hidup dan juga karier seni saya,” ujar Ana yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ‘Kerana Lelaki Itu’ untuk slot Ratu di TV9.




Tak kan BACA jer KOMEN la Sikit..!!!

0 Response to "Kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati – Ana Dahlia"

Post a Comment

.......


Jom Follow

Blog Terbaik

Follow on NetworkedBlogs