Kes saman pukul RM10 juta bekas pelajar UiTM selesai



KUALA LUMPUR: Kes saman RM10 juta yang difailkan bekas pelajar lelaki Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, selesai, selepas 11 pelajar senior yang didakwa memukulnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Permohonan maaf itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin oleh Haiqal Syukri Jantan, 22, yang mewakili kesebelas bekas pelajar lelaki UiTM itu. 

Selepas permohonan maaf itu dibacakan, peguam Muhd Azmi Talib yang mewakili plaintif Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, memohon supaya kesemua defendan dan plaintif bersalaman antara satu sama lain. 

Terdahulu Muhd Azmi memberitahu mahkamah bahawa kes saman itu berjaya diselesaikan antara kedua-dua pihak dan memohon mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan.

Ketika ditemui media selepas kes itu, Ahmad Zulhelmi yang kini bekerja di sebuah bank berkata dia berasa lega kerana kes itu telah selesai dan beliau juga tidak ada menyimpan perasaan dendam terhadap defendan. - Lapor Bernama




Tak kan BACA jer KOMEN la Sikit..!!!

0 Response to "Kes saman pukul RM10 juta bekas pelajar UiTM selesai"

Post a Comment

.......


Jom Follow

Blog Terbaik

Follow on NetworkedBlogs