Nak seronok mesti melalui perkahwinan !




KUALA LUMPUR: “Walau apa pun alasan, dalam Islam nak hidup seronok antara lelaki dan wanita ada caranya iaitu mesti melalui perkahwinan. Jika tidak, hanya azab yang menanti mereka,” kata penceramah bebas, Zawiyah Hassan.

Beliau yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, keseronokan yang dirasai atas perbuatan yang tidak baik hanya sementara, selebihnya hanya kesakitan, penderitaan serta dosa yang perlu ditanggung.

“Hidup di dunia ini tidak boleh seronok sangat apatah lagi berlaku zalim terhadap orang lain. Jangan lupa Allah balas setiap perbuatan yang kita lakukan, jika tidak mendapat balasan sekarang lambat laun pasti menerima azab.

“Lebih membimbangkan sekiranya perbuatan tidak baik ini dicontohi anak-anak. Bila anak semakin dewasa, kemungkinan ibu bapa susah nak tegur, silap-silap perbuatan masa lampau mereka dipersoalkan anak-anak pula,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, Rabu lalu ekoran tidak mahu terus bergelumang dengan dosa.

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya hanya menjadikannya alat pemuas nafsu. Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wang dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta. - Harian Metro



Tak kan BACA jer KOMEN la Sikit..!!!

0 Response to "Nak seronok mesti melalui perkahwinan !"

Post a Comment

Jom Follow

Blog Terbaik

Follow on NetworkedBlogs