Terbaik Nicol raih gelaran ketujuh Skuasy Terbuka Dunia



PEMAIN nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan kali ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia dengan menundukkan pemain England, Laura Massaro pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kepulauan Cayman.

Nicol, 29, mengambil masa 44 minit untuk mengatasi Laura 11-6, 11-8 dan 11-6 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay.

"Sukar untuk dipercayai, Laura bermain dengan sangat baik, beliau juga berjaya memberi saingan hebat kepada saya. "Saya sangat berpuas hati dan gembira dengan corak permainan tadi.

"Saya cuma mahukan kemenangan ini dan sekali gus merangkul kejuaraan ketujuh di Cayman," kata Nicol dipetik dalam laman sesawang rasmi pertandingan www.worldopen.squash.com.

Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada tahun 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan Belanda (2009 and 2011).

Beliau menjuarai Terbuka Kepulauan Cayman untuk tiga tahun berturut-turut 2009 hingga 2011 - Sinarharian

0 Response to "Terbaik Nicol raih gelaran ketujuh Skuasy Terbuka Dunia"

Post a Comment

Jom Follow

Site Info

Recent Comments Widget