Kami menyediakan Perkhidmatan langganan Artikel Secara PERCUMA terus ke email anda. Dapatkan Segera Update Himpunan Cerita Menarik terkini daripada Kami
Masukkan Email Anda

Terkini! Datuk K mula boleh berjalan

on 12/22/12



DATUK Khalid Mohamad Jiwa, suami penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza, yang patah kaki akibat kemalangan motosikal di New Zealand minggu lalu, sudah mula boleh berjalan seperti biasa.

Perkembangan terbaru ini dikongsi oleh anak lelakinya, Mohammad Azief, menerusi laman mikro Twitter, hari ini. “Ayah perlahan-lahan boleh berjalan kembali,” tulisnya ringkas.

Azief juga memberitahu bahawa keadaan Datuk K semakin pulih. Datuk K terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di Queenstown, New Zealand minggu lalu.

Siti Nurhaliza dan anak-anak Datuk K berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sejak hujung minggu lalu. -Sinarharian

Ranking: 5
Rating: 5 | Reviewer: Perantau

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment


 
© Sehinggit | Segalanya di Sini All Rights Reserved