Wajib Menang atau Tutup Kedai - Harimau Malaya



YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Itu perumpamaan tepat buat Harimau Malaya supaya kembali bangkit melakar kemenangan ke atas Laos dalam aksi kedua Piala Suzuki AFF 2012 malam ini sebaik dimalukan Singapura 0-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Tampil selaku tuan rumah kejohanan bersama Thailand pada edisi kali ini, skuad negara dilihat masih bergelut dengan prestasi sebenar selepas menyaksikan kerapuhan di bahagian pertahanan serta kepincangan jentera tengah Harimau Malaya ketika menentang Sang Singa.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal seakan-akan ‘sengaja’ memilih haluan sukar yang mana skuad negara wajib menang ketika menentang Laos dan Indonesia sekiranya masih berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

Begitupun, Rajagobal seperti biasa kekal optimis dan menyifatkan Harimau Malaya sudah bersedia untuk mendapatkan tiga mata berharga dalam pertemuan menentang Laos malam ini.

Bagi jurulatih berusia 56 tahun itu, beliau lebih berminat untuk menumpukan perhatian menentang Laos berbanding memikirkan kekalahan memalukan di tangan Singapura selain mengakui bersedia untuk merombak pasukannya.

“Adakah kita perlu bimbang mengenai kekalahan kepada Singapura atau perlu bimbang pada aksi dengan Laos esok (hari ini)?

“Jika anda kecewa, saya lagi kecewa kerana bagi saya, keputusan ketika menentang Singapura adalah satu keputusan yang teruk. Saya sendiri tidak menjangkakan persembahan kami tidak begitu bertenaga.

“Pertemuan dengan Laos sangat penting bagi kami kerana skuad negara wajib menang pada baki dua perlawanan ini. Oleh itu saya bakal membuat perubahan besar tetapi saya tidak boleh memberitahu nama pemain yang akan diketepikan.

“Saya tidak pernah menyerah kalah dan saya percaya, kami masih ada peluang (untuk mara ke peringkat separuh akhir),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Seri Kembangan semalam.

Dalam perkembangan lain, kem skuad negara juga menerima tamparan apabila penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dijangka tidak dapat diturunkan dalam pertemuan menentang Laos malam ini.

Ini kerana Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit kepala dan status kesihatan pemain kelahiran Terengganu itu masih belum disahkan.

“Mat Yo kini berada di hospital untuk diperiksa lebih lanjut dan kemungkinan esok (malam ini) kita akan tahu status Mat Yo sama ada dia dapat diturunkan atau sebaliknya.

“Saya bertemu dengannya selepas perlawanan tetapi dia mengadu sakit kepala kepada kami dan doktor mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

“Saya tidak boleh buat apa-apa (sekiranya Mat Yo tidak dapat diturunkan) dan saya terpaksa memikirkan siapa yang dapat ganti Mat Yo ketika menentang Laos nanti,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Laos, Kokichi Kimura pula berkata, beliau mahu skuad kendaliannya mengulangi persembahan cemerlang ketika mengikat finalis Piala Suzuki AFF 2010, Indonesia 2-2 pada aksi pembuka tirai Kumpulan B.

Katanya, beliau menggesa barisan pemainnya memberikan aksi terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

“Jika Malaysia bermain seratus peratus, saya mahu pemain saya bermain 120 peratus bagi memperoleh tiga mata,” katanya. - lapor Kosmo!

Laman Sosial Mampu mengundang Jenayah Harta Benda



KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem 'geolocation' mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.
   
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.
   
"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.
   
"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
   
Syed Ismail berkata terdapat juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan tersebut mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.
   
Syed Ismail berkata tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.
   
"Ada pihak cuba mencari maklumat untuk menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu," katanya.
   
Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan melibatkan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data berkaitan perniagaan dalam usaha untuk mensabotaj pesaing, katanya.
   
Syed Ismail berkata meskipun setakat ini belum terdapat maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko penggunaannya harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan applikasi demikian serta memahami fungsinya.
   
"Meskipun setiap aplikasi itu ternyata mempunyai kebaikan, tetapi segalanya berbalik kepada pengguna sendiri sama ada ingin menggunakan atau tidak.
   
"Kalau kita nak guna kemudahan ini kita kena tahu dan faham betul-betul risiko yang mungkin berlaku, kalau kita tidak mahu mengambil risiko kita jangan muat turun," katanya.
   
Beliau berkata sebanyak 24 kes kegiatan menggodam yang melibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
   
Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia Mohd Anwer Mohamed Yusoff sebagai berkata negara mencatat anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan.   - Lapor Bernama

Lawak kisah jejaka kentut dalam restorant



Saya berada di sebuah restoran terkemuka diBangsar di mana tiba-tiba sahaja saya rasa tidak dapat lagi menahanuntuk melepaskan gas saya. Ah... memang sudah terdesak sangat ni,tetapi orang di dalam restoran ini ramailah pula.

Dengan orangyang begitu ramai, termasuk awek-awek comel yang sedang makan danberbual-bual,  saya seperti sudah mati akal. Ini mesti hasil dari...telur rebus separuh masak yang dimakan petang tadi ni. Lima biji saya hentam tadi. Sah bau mesti hilang akal punya.

Sistem bunyi restoran itu pula memang sangat sangat kuat. Ini menambahlagi seksa derita saya. Tiba-tiba, idea baik datang pada saya. Mengapasaya tidak lepaskan gas beracun saya ini semasa bunyi tengah kuat.
Mesti tiada yang perasan nanti. Timing kena baik ni.

Semasarentak muzik berbunyi kuat, saya pun tanpa segan lagi melepaskan bomsuper kentut gas beracun saya dengan muka selamba macam tiada apa yangberlaku. Owh lega amat. Nikmatnya. Fuh... Mesti ada yang termuntah ni,hahaha,  tapi saya gelak dalam hati je.

Selesai sahaja minumnescafe ais saya tadi, saya dengan pantas bangun untuk balik. Orangramai semua tengok saya dengan muka semacam. Awek tadi pun ada, bajubasah sebab muntah. Saya meraba telinga dan... arghhh... rupanya saya tengah dengar walkman. Memang mampus kali ini...

*hahha lawak2

Bertongkat Langgan GRO



BUKIT MERTAJAM: Walaupun sudah bertongkat dan berusia, seorang lelaki warga emas masih berselera dengan pucuk muda apabila dicekup ketika melanggan seorang pelayan pelanggan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan. 
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram yang sah. 

Menurutnya, bilik kecil itu diperbuat daripada kayu selain kain dijadikan tirai bagi memisahkan bilik lain.

Katanya, pemeriksaan kemudian mengesyaki berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam bilik berkenaan termasuk menemui dua tin minuman keras yang sudah dibuka di atas meja selain menemui satu tongkat milik lelaki warga emas berkenaan yang disandarkan di tepi meja dalam keadaan terlipat. - Lapor Harian Metro

Antara Sebab Kenapa Perlu Kahwin Muda


Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk.Kepada pembaca blog aku sekalian, aku tulis artikel ini bukan bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye. Haha! Entry ini merupakan pandangan aku terhadap kahwin muda ini. Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-mamat ataupun minah-minah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.

Antara sebab kenapa perlu kahwin muda

  1. Sudah ada yang berkenan di hati.
    Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

  2. Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
    Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

  3. Menjadi lebih bertanggungjwab
    Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

  4. Menjadi anak yang soleh 
    Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

Sumpah Lawak! Kain Tok imam Tersepit Celah TUT



Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang kononnya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. 

Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

p/s : hahhahaa...si ayah pon sama ada ke tengah solat boleh jeling2...

Sumpah Cool! Tadika di dalam Pesawat




hhahahha..cool gile, seronok kanak2 ni...kecik2 dah bleh merasa naik pesawat naa...

Sumpah Lawak! Kisah Sam dengan Dol



Kisah 1
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Kisah 2
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

Kisah 3
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

Kisah 4
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

Kisah 5
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

p/s : sam + dol = samdol...hahah sumpah lawak...




Sumpah Lawak! Helah Suami nak Kawin Lain



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS
tambah "s" je, kan?

p/s : hahaha..pandai isteri dia kenakan suami dia balik kan?..tula lelaki jngan dok gatai sangat naa..

Sumpah Cute! Gambar kucing memakai topi tembikai




hahha...cute kan kucing nih...

Sumpah Lawak! Bahasa Alien ditemui di bumi


p/s : hahahah..mesti korang pernah nampak bahasa ni kan, terutama sekali kat facebook tuh..aishh pening den nak bacanya...

Sumpah Lawak! Pensyarah kenakan pelajar



Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menj
adi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Sumpah Seram! Doktor bedah perut sendiri



p/s : Klik gambar untuk besarkan....

Sumpah Sengal! Bilik yang paling kotor di dunia

Pergg...apa pandangan korang, serabut weh, teruk gile owner bilik ni..




Sumpah Terbaik! Hukum cium Mulut - Jawab Ustaz Azhar

Siapa tak kenal Ustaz azhar kan? Memang terbaik la cara penyampaian beliau..admin pun salah seorang fans Ustaz Azhar ni. Mari kita tengok apa jawab Ustaz tengtang persoalan "Cium Mulut".


Sumpah Pelik! Gambar Orang muka Terbalik

Cuba korang bayangkan kalaulah ada orang muka mcm ni kat atas dunia...tak ke pelik....




Sumpah Lawak! Kedah Vs Kelantan

Gambar hiasan 


Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULANNYA : Tak mungkin "pipi" emaknya tiada kan, tetapi kalau "gigi" maknya tidak ada, memang munasabahlah! 

p/s : hhahha, gurauan semata-mata.

Sumpah Lawak! Pak pandir dengan seketul Tahi



Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.

Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

Hmmm...Bentuk macam taik, Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,

Lembik, macam taik. Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,

Bau macam taik. Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit

MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!
Kemudian pak pandir pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira kerana tidak terpijak taik itu........

*hakhakhak

Sumpah lawak! Artis baru Hollywood (3 gambar)




p/s : Hahaha..cuba korang teka..kucing kat atas ni menyerupai artis mana...

Kelebihan Membaca Surah Kahfi pada hari Jumaat



Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :
"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
 Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Salam jumaat daripada admin semua..

Sumber Asal : i love islam

Orang Cina Pun Sokong Hudud! anda?

Imej Hantu dirakam menggunakan Kamera telefon



MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar - Kosmo!

p/s : hahaha..ni pkai android apps ni, nnti admin wat gambor bnyak2 bg wartawan kosmo eh...hehehhe


Lawak Bibik guna Telefon



Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil kesemua ahli keluarganya untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah sendiri tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja sahaja.

Isteri : saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sorry ok! Saya hanya guna sms sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon di tempat bekerja. Sama juga dengan saya sih.

*hahahha..habisla bil melambung 

Kenapa lalat makan tahi



Sang lalat dan bini lalat pergi merayau rayau mencari makan, mereka masuk ke dalam jamban untuk makan tahi. Bini lalat berkata..

Bini : “Bang, kenapa kita kena makan tahi hari-hari?”
Laki : “ Hish… Jangan cakap benda-benda kotor time makan!”

*hahah, sekadar gurauan...

Informasi - Pintu ke Neraka



Walaupun ianya bukanlah pintu yang benar-benar bersambung ke neraka, namun itulah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kepada kawah berapi yang terdapat di Turkmenistan ini, 'The Door to Hell" (pintu ke neraka).

Pada tahun 1971, apabila sekumpulan pelombong menggali gas asli di Darvaza, Turkmenistan, tanah yang menampung pelantar gerudi telah runtuh, dan menyebabkan terhasilnya lubang besar dengan keluasan kira-kira 60 meter diameter. Untuk mengelakkan gas beracun keluar dari lubang tersebut, pelombong-pelombong tersebut telah memutuskan untuk membakar gas yang terdapat di dalam lubang itu.



Lebih 40 tahun kemudian, kawah tersebut masih terbakar sehingga ke hari ini tanpa henti, dan memberikannya gelaran 'pintu ke neraka'. Tiada siapa yang dapat memastikan berapa jumlah gas dan tenaga yang telah terbakar, namun ianya seperti tidak akan habis di situ.

Jom Follow

Site Info

Recent Comments Widget