5 Ciri Hati Yang Keras




Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

(1) MALAS melaksanakan amal ibadah, mungkin memandang ringan sahaja soal solat, tutup aurat dan lain-lain … Allah SWT telah menyifatkan orang seperti ini sebagai kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)…

(2) Tidak berasa GERUN dengan ayat al-Quran… Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terkesan sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)…

(3) Berlebihan MENCINTAI DUNIA dan melupakan akhirat… segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata… Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia… Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja…. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia….

(4) Tidak atau kurang MENGAGUNGKAN ALLAH… Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang…. Tidak menyuruh yang makruf serta tidak melarang yang mungkar, hatta dalam keluarga sendiri ….

(5) Tidak MENGAMBIL IKTIBAR dari peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya… Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. “Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)….


0 Response to "5 Ciri Hati Yang Keras"

Post a Comment

Jom Follow

Site Info

Recent Comments Widget