Sos Spaghetti Mengandungi daging Babi! Berhati hati



Sos Speghetti Mengandungi daging Babi! Berhati hati

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail,dan kemudiannya email itu telah di muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Ini ceritanya, "Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi...

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM, So lepas ni kena lebih berhati hati la.


3 Responses to "Sos Spaghetti Mengandungi daging Babi! Berhati hati"

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Kita perlu sentiasa berhati-hati termasuk dalam bab memilih/membeli makanan untuk diri dan keluarga. Walaupun kita berada di negara Malaysia, ada makanan yang tidak halal dan banyak yang syubhat di pasaran. Oleh itu adalah lebih selamat jika setiap kali kita membeli makanan tin/botol/pek/kotak/dll yang ada label dan senarai bahan, kita baca dan pastikan tiada bahan tidak halal dan syubhat di dalamnya. Pengalaman saya, ada makanan yg sebelumnya OK pada tapisan saya, tapi semasa ingin dibeli lagi, sudah ada bahan syubhat di dalamnya. Oleh itu kita perlu sentiasa berhati-hati. Tanamkan sifat rajin membaca bahan-bahan untuk tujuan penapisan makanan kepada isteri/suami dan anak-anak.

    ReplyDelete
  2. sila rujuk :

    http://www.achiq.net/2011/02/5.html

    http://circleinspoon.blogspot.com/2012/02/halalke-prego.html

    hati-hati: jangan makan makanan haram, jangan sebarkan fitnah, jangan percaya khabar angin sebelum siasat, jangan subahat dengan orang yang sebarkan khabar angin, jangan terpedaya.

    Apa salahnya siasat dahulu sebelum sebarkan. Dibimbangi "ter" libat dengan tak sengaja lalu "ter" masuk dalam golongan yang menyebarkan khabar angin. Awas!

    ReplyDelete
  3. ya allah sy suke mkn sos prego carbonara.. lpas ni dh x nk mkn prego. Tp anak chef Wan dlm iklan tu x baca ke? main tangkap muat je.. jakim pun x pantau. bila ade yg bhsa ingeris bkn sume org fhm.. ya allah ampunkan la daku

    ReplyDelete

Jom Follow

Site Info

Recent Comments Widget