Header Ads

Gambar Neelofa Cetus Kontroversi, Peminat Bertelagah Sesama Sendiri



Ok secara jujur Admin juga agak terkejut apabila Neelofa berkongsi gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Tak pasti apa yang sedang dilakukan kerana tiada penjelasan yang diberikan oleh Neelofa. 

Namun gambar ini ternyata menimbulkan kontroversi apabila ratusan komen dihantar oleh peminat di gambar tersebut. Ada yang mempersoalkan gambar tersebut, ada yang menyatakan ia adalah satu teknik perubatan Islam. Malah ada yang bertelagah sesama sendiri.


Mungkin tertekan dengan komen-komen negatif yang telah diterima oleh kakaknya, adik kepada Neelofa iaitu Ameera telah tampil memberikan komen yang agak kasar. Terkejut juga Admin membacanya. Namun begitu komen Ameera ini telah pun dipadamkan termasuk dengan komen-komen negatif lain.


Neelofa pasti tahu apa yang sebenarnya dilakukan olehnya. Pada pendapat Admin, gambar sebegini tidak wajar dikongsi di media sosial kerana mampu menimbulkan persoalan orang ramai, lebih-lebih lagi dengan imej Neelofa selaku gadis bertudung. 

Admin tak pandai sangat bab-bab agama ini jadi taknaklah komen. Kita beri peluang kepada yang pakar untuk mengulasnya kelak. 

Sumber : http://beautifulnara.com/



loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.