SEDIH!! Luahan Hati Umie Aida Apabila Suaminya Muflis Dan Rumah Mewahnya Dilelong



Menurut sumber, beliau disiytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan antara yang hangat disebarkan mengenai lelongan rumah mewah bernilai RM2.1 juta milik Datuk Khairuddin yang terletak di Mont Kiara. Menurut sumber terkini pula, rumah tersebut sudah pun berpindah milik selepas berjaya dibida pada harga sama.

Berat juga dugaan yang terpaksa Umie Aida sekeluarga hadapi. Ramai peminatnya tumpang simpati dengan apa yang berlaku dan berharap beliau sekeluarga tabah. Ramai juga yang menantikan kenyataan dari Umie Aida mengenai isu tersebut.

Memetik sumber media, Umie Aida berkata dia reda dengan lelongan hadiah perkahwinan suaminya untuk beliau itu dan berjanji akan sentiasa bersama suaminya dalam susah dan senang.

“Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang. Hidup pastilah ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hamba-Nya,” ujarnya.

Alhamdulillah. Itu yang terbaik. Ketika ini sokongan dan dorongan dari orang tersayang sudah tentu yang paling penting selain doa kepada Nya dan usaha sedaya mungkin.

Sumber : radiobiru.com


loading...

Loading...

0 comment... add one now