Header Ads

Wanita Ini Kongsikan Kisah Benar Pengalaman Memandikan Mayat Seorang Jalang Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...



Terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

Ketika mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.


sekadar gambar hiasan

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.

“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.

“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zi#n@) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zi#n$a tanpa mendatangkan 4 saksi,” kata Imam Malik.

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Sumber : http://merahnetwork.blogspot.com/



loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.