Header Ads

12 GAMBAR Babi Kacukkan Biri-Biri Yang Boleh Menyebabkan Umat Islam Terkeliru..!!! BERHATI-HATI..




BABI BIRI-BIRI... UMAT ISLAM SILA BERHATI-HATI (TLG SHARE)..
Ini ialah Babi Mangalitsa (Google Image : Mangalitsa). Negara asalnya ialah Austria dan Hungary..

Diternak untuk daging dan bulunya. Jadi umat Islam perlu berhati-hati kerana bulu haiwan ini tiada bezanya dengan bulu biri-biri... Jangan harapkan pihak berkuasa sahaja. Marilah kita sama-sama menjaga kesucian Islam... Sila Share.








Maklumbalas dari Jakim mengenai isu yg telah viral sejak beberapa minggu lalu.
Isunya: Babi dikacuk menjadi biri-biri?

Pengguna boleh merujuk penerangan ringkas ini berhubung isu tersebut.

Penjelasan berhubung viral babi mangalitsa yang didakwa dikacuk dengan baka bebiri:

Pengguna yang dihormati sekalian,

Jakim ingin menasihatkan pengguna Islam di negara ini supaya tidak perlu berasa bimbang tentang kemasukan daging berkenaan ke Malaysia atau kemungkinan berlaku kekeliruan dengan daging kambing.

Ini disebabkan daging kambing/ bebiri yang diimport masuk ke Malaysia tidak dibawa masuk dari negara Eropah tetapi dari negara lain yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim.

Semua loji sembelihan halal yang diluluskan telah melalui pemeriksaan ketat sebelum mendapat kelulusan. Dalam memberi kelulusan halal, peruntukan di dalam standard MS1500:2009 bagi makanan halal menyatakan bahawa najis babi termasuk keturunannya dan terbitan daripadanya adalah merupakan kategori najis Mughallazah.

Manakala bagi penggunaan kulit, tulang dan bulu haiwan, standard barang gunaan islam MS2200-2:2013 menjelaskan bahawa barangan gunaan halal yang bersumberkan bahan berkenaan tidak boleh mengandungi apa-apa bahan yang diperolehi daripada anjing, babi dan keturunannya termasuk juga semua terbitan daripadanya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Disediakan oleh:
Bahagian Hab Halal, Jakim
16 Februari 2015





Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.