Header Ads

Dia Yang Jijik Tukar Lampin IBU Sendiri, Salahkan JURURAWAT Pula..!!



DUA gambar printscreen dimuatnaik oleh dua anak pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Tun Fatimah Muar dan Hospital Besar Teluk Intan kini viral di laman Facebook.

Kedua-dua individu terbabit mendakwa ibu mereka yang dimasukkan ke wad tidak dijaga dengan baik oleh jururawat bertugas.



Susulan itu, seorang jururawat telah menerangkan hal sebenar termasuk skop kerja seorang jururawat juga melalui laman sosial Facebook.


Luahan jururawat bernama Intan Shafina ini sememangnya benar.

Untuk pengetahuan anda Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web rasmi telah memberi penerangan, menukar lampin pakai buang serta memandikan pesakit bukanlah tugas hakiki jururawat, melainkan arahan diberikan untuk jururawat berbuat demikian oleh doktor atau pengurusan Hospital.

Berbalik kepada kisah tidak puas hati dua anak bertuah terbabit, kedua-dua mereka sewajarnya berfikir dahulu sebelum menuduh.

Yalah, di hospital kerajaan bukannya hanya seorang dua pesakit yang hendak diuruskan, malah berpuluh-puluh.

Dimanakah tanggungjawab sebagai seorang anak kalau iba bapa sendiri yang terlantar tak sanggup dijaga?

Apa salahnya anak sendiri yang menukar pampers serta memandikan orang yang pernah membesarkan kita hingga ke hari ini.

Sedarlah bahawa para jururawat ini membantu dengan niat yang baik supaya anak-anak kepada pesakit ini dapat meneruskan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapa yang sedang uzur.

Ingat ya, sehina-hina seorang jururawat yang malas, hila lagi seorang anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Sumber : http://akustar2015.blogspot.com/




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.