Header Ads

Hati-hati, Ikan Bakar Tingkat Risiko Serangan Kanser Payudara!





Ikan bakar cicah dengan air asam memang hidangan yang menyelerakan. Tapi selepas ini anda mungkin harus mengehadkan menu ini memandangkan risiko berikut terutama kepada wanita.

Kajian mendapati wanita yang makan ikan bakar lebih daripada sekali dalam satu minggu berisiko dua hingga tiga kali ganda untuk mengalami kanser payudara berbanding dengan wanita yang tidak atau jarang makan ikan yang dibakar.

Ini kerana ikan yang dibakar mengandungi bahan kimia dipanggil amina heterosiklik yang terbentuk akibat pemanasan protein di atas api terbuka antaranya dengan cara memanggang di atas bara api.

Ia adalah unsur karsinogenik yang menjadi antara punca kanser selain dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.

Menurut Profesor Epidemiologi dan Onkologi di Johns Hopkins University dan penulis kajian yang diterbitkan dalam American Association, Dr. Kala Visvanathansvanathan Kebanyakan kajian mengaitkan amina heterosiklik dengan daging merah.

Tetapi persoalannya adakah ia turut terjadi pada ikan. Kenyataannya kajian makmal turut menunjukkan ikan juga berpotensi untuk memiliki unsur karsinogenik.

Dalam kajian tersebut, pengkaji memberi fokus pada diet wanita yang memiliki risiko tinggi kepada kanser payudara.

Ini bermakna semua wanita dalam kajian itu memiliki gen yang berkait dengan peningkatan risiko kanser payudara atau memiliki ahli keluarga dengan penyakit kanser tersebut.

Kajian mendapati bahawa pengambilan ikan bakar ini berkait dengan penghasilan jenis sel kanser payudara yang disebut "estrogen-reseptor positif".

Selain itu kajian turut mencatat bahawa indeks massa tubuh (BMI) memainkan peranan dalam risiko kanser. Secara khusus, risiko kanser payudara menjadi lebih besar bagi wanita yang memiliki BMI lebih dari 30 (obes).

Atau dengan kata lain, kesihatan bukan hanya ditentukan dari bahan makanan yang kita ambil tapi juga bagaimana kita mengolahnya.

Kajian ini juga menjadi peringatan untuk kita memilih olahan makanan yang lebih sihat iaitu rebus atau kukus.

Sumber: Vanillakismis




loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.