Header Ads

Hukum Sengaja Tidak Mahu Bayar Hutang





Apakah hukum sekiranya terdapat seseorang itu sengaja untuk tidak mahu membayar hutang? Walaupun orang yang memberi hutang itu masih mampu dan tidak mempunyai masalah dengan kewangan. Atau dalam situasi yang lain, sengaja untuk menganiaya orang yang membantunya secara ikhlas.

Roh Orang Berhutang

Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allh SWT selagi hutang tidak dibayar. Bahkan Rasulullah SAW tidak akan bersolat ke atas mayat yang hutang belum dijelaskan. Ada hadisnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehingga hutang dijelaskan”. (Bukhari dan Tarmizi)
Hadis lain pula meriwayatkan Abu Qatadah pernah menjamin membayar hutang seseorang mati sebelum sebanyak dua dinar. 

Setelah dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda;
“Sekarang telah sejuk kulitnya”. (Al Hakim, Ail Baihaqi, At Tayalisi dan Ahmad)
Kadang-kadang orang yang hendak menuntut semula hutangnya berasa malu. Orang yang berhutang pula rasa tidak berasa dan buat-buat lupa dengan hutangnya.

Berdosa besar bagi seseorang sekiranya sengaja untuk tidak membayar hutangnya. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

  1. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
  2. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
  3. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
  4. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya:
“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)”. (Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya:
“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)
Sekiranya anda berhutang dan anda sudah mampu untuk membayarnya lebih baik anda melunaskan hutang anda tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.






Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.