Header Ads

5 Petua Merawat Selesema Bayi Tanpa Perlu Ke Klinik




Selesama merupakan satu jangkitan yang kerap dialami oleh bayi disebabkan sistem imunisasi yang rendah. Ia berpunca daripada serangan virus di saluran pernafasan bayi. Selalunya selesema berjangkit melalui udara atau sentuhan.

Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi. Antara satunya adalah dengan memberinya makan ubat daripada klinik. Namun, pada usia bayi yang masih kecil, saya berpendapat amat kesian jika awal-awal usianya lagi sudah diberikan ubat. Kalau jumpa doktor yang prihatin pun, tentu dia kata ubat tak sesuai untuk bayi di bawah usia 2 tahun, kan?

Sebenarnya ada pelbagai alternatif ibu boleh cuba tanpa perlu ke klinik. InsyaAllah dengan niat yang baik, bayi boleh sembuh walaupun akan mengambil masa sedikit dan ibu perlu banyak bersabar. Ibu boleh try petua merawat selesema bayi tanpa perlu ke klinik yang saya kongsikan ni ya. Petua ni saya dapat hasil perkongsian pengalaman ibu-ibu di group Mommies Chat Room.

#Petua 1: Gunakan Garlic Oil

Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil: 1 labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk ala-ala manja, cukup sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu si comel 😀

#Petua 2: Gunakan Vicks

Ibu perlu membeli Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Caranya, ambil sedikit Vicks, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin. Saya suka letakkan sedikit di hidung dan batang hidung bayi, tapi sedikit saja tau, takut pedas sangat dan mengganggu bayi. Selepas sapu, ibu boleh tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

#Petua 3: Mandikan Dengan Air Suam

Ibu boleh mandikan bayi 3 kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.

#Petua 4: Air Kunyit

Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi. Selain itu, ibu juga boleh menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi. Cara ni agak comot tapi kalau boleh merawat selesema bayi apa salahnya kan?

#Petua 5: Teknik Percussion

Teknik ni adalah kegemaran saya :D. Ia boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Saya selalu praktikkan tanpa wap air, sekadar tepuk-tepuk saja kerana saya boleh lihat pernafasan anak saya ok sikit berbanding sebelumnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital. Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.

Ikuti langkah-langkah ni untuk membuat Tepukan Percussion.
  1. Letak bayi dalam posisi meniarap dan diletakkan bantal lembut di bawah perut bayi.
  2. Pastikan kepala bayi lebih rendah berbanding kaki. Kaki lurus.
  3. Bentukkan tangan “cupping” (lihat gambar di atas) dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja.
  4. Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakang bayi.

Ibu perlu ingat, pastikan buat sesi ni sebelum minum susu atau antara setengah jam hingga sejam selepas sesi menyusu untuk mengelakkan bayi muntah susu ketika sesi tepukan.

Sebagai tambahan, ibu turut boleh membuat Teknik Percussion ini serentak dengan Teknik Stim bayi. Teknik Stim boleh dibuat dengan menyediakan air panas di dalam baldi dan titiskan minyak kayu putih/minyak bawang putih. Baringkan bayi di atas paha dan halakan muka ke arah baldi tersebut. Wap air akan melegakan hidung tersumbat. InsyaAllah selepas sesi ni hingus bayi akan keluar. Bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, ibu boleh menggunakan steam sterilizer botol. Untuk bayi letak dalam besen dah mencukupi.

Selesema, demam, batuk memang perkara biasa yang akan dialami oleh anak disepanjang tempoh pembesarannya. Bila ibu dah berjaya mengharungi jangkitan selesema yang pertama, sudah pasti ibu tahu apa yang perlu dibuat pada jangkitan seterusnya. Sebaiknya rawat dari awal jangkitan ya mommies. All the best!

Kredit: http://ayachalo.com




loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.