Header Ads

7 Cara Berkesan Hilangkan Kerak Dan Karat Hitam Pada Kuali





Kuali berkerak hitam tu memang perkara biasa. Sental banyak kali pun susah betul nak hilang kan? Tapi jangan risau, kami ada 7 tips mudah untuk hilangkan kerak hitam ni, Jom tengok apa petua-petua berkesan dekat bawah ni:

1. Garam

Caranya mudah sahaja. Panaskan air dalam dalam periuk yang berkerak dan masukkan sedikit garam. Kemudian, korang sental dan kikis kerak hitam tu dengan sudip.

2. Cuka

rebus cuka dalam periuk berkerak tu. Biar cuka yang direbus tu hingga betul-betul sejuk. Kemudian, mulakan dengan menyental ya.

3. Soda Bikarbonat

panaskan air dalam kuali. Tunggu air mendidih dank orang masukkan soda bikarbonat atau baking powder okay. Korang tunggu kuali tu sejuk , lepas tu baru boleh cuci.

4. Lemon

Potong lemon dan rebus bersama dengan kulit. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum korang cuci periuk tersebut seperti biasa.

5. Cream Of Tartar

Rendam cream of tartar ni semalaman dan korang boleh cuci kuali tersebut keesokannya dengan mudah.

6. Kentang

Nak guna kentang ada 2 cara:

1)Tabur garam dalam periuk dan jadikan sebagai skrub macam dalam gambar ni:

Cara ini cukup berkesan untuk karat periuk yang dah lama korang tak guna


2) Cara kedua dengan menggunakan kulit kentang. Caranya korang letak kulit kentang dalam periuk dan isikan air samapi menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Hasilnya, kerak pada periuk akan tertanggal sendiri.

7. Asam Keping

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan dalam periuk berkerak atau berkarat . Letak air dan biarkan ia mendidih.

Tunggu je kuali tu sejuk dank orang gosok permukaan kuali dengan guna asam jawa. Gosok dan cuci sampai kerak atau karat kuali tu hilang.

Sumber: Sirap Limau





Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.