Header Ads

Awas, 7 Tanda Tubuh Anda Penuh Toksin! Dan Cara Menghilangkannya




Makan macam-macam tapi sistem percernaan tidak berfungsi dengan baik, hasilnya toksin berkumpul dalam tubuh. Bayangkan jika berada lama dalam tubuh, toksin atau racun inilah yang merosakkan fungsi sel dalam badan.

Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.

Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh.  Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.

1. Sering rasa letih- walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.

2. Berat badan sukar turun - sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.

3. Mulut berbau - walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

4. Sembelit - usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah - selain itu anda juga kerap rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus - ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.  

7. Masalah kulit - jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.

Kaedah Keluarkan Toksin Dari Tubuh Cara Semula Jadi

Jawapannya adalah detoksifikasi atau detoks iaitu proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Ada pelbagai jenis detoks yang boleh anda amalkan.

1. Detoks dengan jus buah atau sayuran
Antaranya adalah menggunakan epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun.

2. Detoks Air
Minum banyak air putih selain merendamkan kami dengan air, mandi dengan air panas dan juga sejuk.

3. Puasa
Sudah diketahui puasa memang satu cara terbaik untuk membuang racun dari tubuh.

4. Bekam
Boleh juga mencuba rawatan bekam yang menyedut darah kotor dari beberapa bahagian tubuh.

Bagi yang sudah mengalami tanda-tanda di atas pastikan anda mengambil tindakan sebelum penyakit menyerang.




loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.