Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?



Tahukah anda bagaimana cara mudah dan pantas untuk nyahbeku kan sesuatu bahan frozen seperti ayam/daging/ikan yang beku?Rendam dalam air panas? Guna microwave? Selalunya berapa lamakah masa yang anda ambil untuk nyah beku daging/ayam beku? Tahukah anda, proses nyah beku yang dilakukan itu akan menghilangkan banyak zat/khasiat daripada bahan tersebut? Malah rasanya juga akan turut berubah.

Daging ayam yang telah dinyahbeku dengan air panas perlulah digunakan atau dimasak dalam masa 4 jam. Ianya tidak boleh disejukbekukan semula bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Sebaikknya nyahbeku secara perlahan dengan meletakkan ayam di bahagian bawah peti ais, ini membolehkan proses nyahbeku berlaku secara perlahan. ( Sumber : food safety USDA)

Makanan seperti ikan, daging dan ayam mentah perlu di simpan di dalam peti sejuk sebaik sahaja dibeli. Bagi penyimpanan yang kurang daripada 3 hari, makanan-makanan tersebut boleh disimpan secara dingin di ruangan bekas ikan/daging di dalam peti sejuk, ia masih mempunyai tempoh penggunaan yang terhad.

Ini kerana pertumbuhan bakteria masih berlaku tetapi pada kadar yang terkawal. Bagi penyimpanan yang lebih lama, ia mesti disimpan di dalam ruangan sejukbeku (suhu –18 °C). Pada suhu ini, banyak bakteria yang termusnah semasa proses pembekuan.

Walau bagaimana pun bagi makanan yang terlalu tinggi kandungan bakterianya, kerosakan makanan masih tetap terjadi semasa pembekuan walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Pembekuan tidak akan mengembalikan kesegaran makanan yang tercemar sebelum dibekukan.

Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyahbekukan. Nyahbeku makanan yang diperlukan sahaja.

Bahagi-bahagikan ikan, ayam dan daging kepada bahagian yang diperlukan sahaja untuk dimasak, dan simpan di dalam bekas yang berbeza bagi mengelakkan penyejukbekuan berulang kali. Bahagian yang kecil ini juga membolehkan makanan disejukbeku dengan cepat.

Baik, sekarang, saya akan ajarkan kepada anda cara berkesan bagaimana anda dapat me’nyah-beku’ daging/ayam frozen dengan cepat tanpa menghilangkan zat/khasiat daging/ayam tersebut. Malah rasanya juga akan kekal seperti macam daging/ayam segar.

Begini caranya:

1.Sediakan air panas (tapi jangan terlampau panas…kalau boleh air tu dalam lingkungan 40 dajah celcius)
2.Masukkan sedikit garam ke dalam air panas tadi ( 1 liter air , 2 sudu besar garam )
3.Rendamkan daging/ayam frozen tadi ke dalam air panas bergaram tersebut
4.Rendam selama 1 minit sahaja (jangan lebih, jangan kurang)
5.Keluarkan daging/ayam tersebut
6.Kalau boleh lapkan daging/ayam yang baru direndam itu dengan kertas/tisu
7.Balutkan daging/ayam dengan plastic wrapping lutsinar
8.Kemudian, masukkannya ke dalam peti ais

Dengan cara ini, tempoh nyah-beku akan menjadi bertambah singkat. Dan yang paling penting, zat/khasiatnya tidak akan hilang. Begitu juga dengan rasanya…akan tetap kekal kesedapannya seolah-olah anda makan daging/ayam yang baru disembelih.

Nota :

•Garam akan menghalang zat/khasiat daging/ayam daripada mengalir keluar
•Air panas kalau boleh dalam 40 darjah Celsius kerana menurut kajian sains, suhu 40 darjah adalah yang paling baik untuk tujuah nyah beku. Jika air terlampau panas, ianya akan merosakkan structur daging/ayam tersebut
•Bahan-bahan yang sesuai dengan cara nyah beku ini termasuklah ayam/daging/ikan.


0 comment... add one now