Header Ads

Habit Kunyah Ais Adalah Petanda Anda Menghidap Anemia





Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais. Sepertinya ia sudah menjadi tabiat apabila minum air yang berais, pasti ais akan dikunyah sampai habis. Bahaya tak kunyah ais? Dan apa yang menyebabkan seseorang suka kunyah ais?

Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepada anemia.


Apa itu anemia?

Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia

‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

Punca dan simptom anemia

Punca anemia termasuk kehilangan darah akibat trauma, luka pada saluran gastrousus atau pendarahan haid yang tidak normal, kekurangan vitamin dan mineral yang penting untuk penghasilan sel darah merah, penyakit kronik seperti radang gastrousus, kegagalan buah pinggang, jangkitan akut dan kronik serta penguraian sel darah merah akibat latihan fizikal yang berat. Bagaimanapun, punca anemia yang paling biasa ialah kekurangan zat besi.

Selain keletihan, simptom lain yang biasa termasuk sakit kepala, pening, denyutan jantung tidak teratur, kulit pucat, bunyi berdengung dalam telinga dan sesak nafas.

Cara lain untuk mengenal pasti simptom anemia termasuk memeriksa warna dalam kelopak mata bawah anda (konjunktiva), kuku dan tapak tangan. Konjunktiva, kuku dan tapak tangan yang pucat ialah tanda anemia.

Jika anemia yang teruk tidak dirawat, jantung mesti bekerja lebih kuat dan beban ini boleh menyebab­kan masalah jantung yang dikenali sebagai hipertrofi ventrikel kiri (LVH), aritmia (denyutan jantung tidak teratur) serta menjejaskan imuniti.

Tambahan pula, anemia dalam kalangan ibu yang mengandung mungkin menyebabkan kelahiran pramatang.




loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.