Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Dalam Posisi Ini!



Kita biasanya sering melihat anak –anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan melipatkan kaki ke belakang dan seolah-olah membentuk abjad W ketika mereka bermain atau duduk di lantai.

Jika anak kecil yang berumur bawah dua tahun duduk seperti cara ini mungkin ianya di anggap perkara biasa tetapi jika cara duduk itu menjadi kebiasaan dan berterusan sehingga usia lebih dari 2 tahun ianya boleh memberikan kesan kepada perkembangan pergerakan kanak-kanak.

Cara duduk ini sebenarnya akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh kanak-kanak kecil hingga boleh merosakkan perkembangan kekuatan otot dan boleh menjejaskan aktiviti melompat dan berlari.Cara duduk seperti ini akan mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali sehingga boleh mendatangkan masalah kedudukan sendi pinggul. Masalah ini akan menjejaskan aktiviti berjalan dan hilang keseimbangan bagi si kecil anda.

Kalau anda sering terlihat sikecil anda selalu duduk dalam keadaan begini, minta dia untuk mengubah kedudukannya dengan menyuruhnya duduk di atas kerusi ataupun duduk dalam keadaan bersila bagi membantu perkembangan pembentukan tubuh badan mereka.



loading...

Loading...

0 comment... add one now