Header Ads

9 Petua Hilangkan Jerawat Pada Badan Dan Pastikan Jerawat Tidak Kembali Semula





Setiap wanita inginkan tubuh badan yang cantik dan menawan. Halus mulus, lembut dan berseri. Antara perkara yang paling dirisaukan dan ditakuti oleh setiap wanita adalah apabila bangun daripada tidur, tiba-tiba anda melihat badan mempunyai bintik-bintik merah seperti jerawat!

Jerawat di badan yang selalunya menjadi masalah kerana jerawat tumbuh di belakang badan, telinga, ketiak, punggung, kepala leher, payu dara, bibir, dagu dan sebagainya. Anda mungkin tidak mempunyai sebarang jerawat di muka tetapi pada pelbagai bahagian badan yang mana sesetengah jenis jerawat mungkin sakit. Kebanyakan orang mengalami jerawat pada muka dan badan juga.

Tidak kiralah sama ada jerawat itu tumbuh pada bahagian belakang badan,di bahagian dada mahupun di bahagian lain, ianya mampu membuatkan kaum wanita berasa takut, malu dan merendah diri. 


Kenapa Jerawat Tumbuh Pada Badan?

Jerawat di badan berlaku kerana pelbagai faktor seperti kurangnya penjagaan kebersihan, genetik, dan sebagainya. Dalam factor kebersihan, kita perlu lihat pada pemakaian dan cara membersihkan diri. Kadang-kadang setelah penat bekerja, kita terus berbaring dengan badan yang berpeluh dan bacteria mula membiak di belakang badan atau bahagian-bahagian tertentu. Perkara ini juga berlaku akibat faktor genetik di mana ianya berkaitan dengan keturunan anda, jika ibu atau bapa anda mempunyai jerawat anda juga berkemungkinan akan mengalami perkara yang sama.

Tips Menghilangkan Jerawat Di Badan

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat di badan. Namun semua tips ini hanya akan berkesan pada sesetengah individu kerana tahap jerawat yang dimiliki berbeza dan yang paling penting kenalah amalkan selalu petua-petua ini.

1. Mandi sebelum tidur
Bersihkan badan sebelum anda tidur bagi mengelakkan pembiakan bakteria pada badan anda melalui peluh. Tambahan pula, memang best kalau tidur selepas mandi. Gunakan mandian anti bakteria seperti Tea Tree Body Wash dan lain-lain, semuanya boleh didapati di farmasi berdekatan. Elakkan memakai sabun biasa.

2. Sapukan gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera adalah salah satu bahan melegakan kulit daripada kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu untuk mengeringkan jerawat dan dapat  mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna.

3. Tukar baju dengan kerap
Tukar baju dengan kerap dan amat disyorkan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam selepas mandi. Jangan malas nak cuci baju tau, kalau tidak anda yang merana apabila jerawat dah tumbuh di badan.

4. Tukar tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut
Kalau boleh tukarlah tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut secara kerap. Setiap seorang harus mempunyai lebih daripada satu semua tu sebab kena digantikan jika anda mencucinya. Paling kurang pun, anda harus cuci sebulan 2 kali.

5. Tukar detergen 
Jika anda menggunakan detergen keras berasaskan bahan kimia, anda bolehlah beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang dimana menjadikan kain cucian lebih lembut dan juga boleh membunuh kuman dengan betul. Oleh itu sentiasa ingat bahawa apabila anda memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan sebarang pertumbuhan bakteria pada kulit anda, dan seterusnya akan mengelakkan jerawat tumbuh pada badan anda.

6. Pakai pakaian yang longgar
Terlalu banyak peluh adalah punca kepada pertumbuhan jerawatpada badan. Adalah amat penting bagi anda untuk memakai pakaian yang longgar bagi membolehkan kulit anda bernafas dengan sempurna. Anda juga perlu memilih fabrik yang lembut dan ringan yang dimana membolehkan udara melaluinya, seperti kapas dan linen.

7. Minum air dengan lebih banyak
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah amat penting untuk mengekalkan kestabilan hormon di tubuh dalam badan anda. Minum air juga dapat membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan ianya  juga menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu ianya dapat melindungi liang kulit anda daripada tersumbat.

8. Amalkan pemakanan yang seimbang
Jerawat pada badan sama juga seperti pada muka yang mungkin di akibatkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Jauhi atau kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana ini mampu merangsang penyakit juga. Makanan seperti salad dan berkuah atau berebus amat disyorkan kerana ia adalah pemakanan yang sihat.

9. Kurangkan Stress
Stress juga merupakan salah satu punca jerawat muncul pada bahagian badan dan muka. Oleh itu, anda disarankan untuk lebih banyak bertenang dan perkara yang lebih baik untuk dilakukan ialah beribadat seperti bersembahyang dan berzikir. InsyaAllah, pasti jerawat akan berkurangan.

Bantuan pakar kulit atau dermatologist

Kalau semua yang anda lakukan tidak membawa hasil yang bagus, mungkin suah tiba masanya anda berjumpa pakar kulit atau dermatologist supaya mereka dapat membantu anda dengan kepakaran dan kemudahan yang mereka miliki.





Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.