7 Petua Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Dengan Berkesan Menggunakan Cara Tradisional



PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.

Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.

1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. GUNA ASAM JAWA

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.

4. GUNA MADU

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. GUNA TIMUN

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. GUNA DAUN SENDUDUK

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

7. GUNA DAUN SIRIH MUDA

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

ALTERNATIF LAIN

Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapat menghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.

Selamat mencuba!

Sumber: Sirap Limau

0 comment... add one now