Header Ads

8 Petua Untuk Menghilangkan Ketumbit Pada Mata No 7 Memang Seram Sikit Tapi Sangat Berkesan




Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion. 

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. 

Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah : 
  1. Mata berair 
  2. Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk 
  3. Mata menjadi sensitif terhadap cahaya 
  4. Kelopak mata menjadi merah dan bengkak 

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. 

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.  

Apakah rawatan bagi ketumbit? Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil. 

8 Petua Untuk Menghilangkan Ketumbit Pada Mata:

1. Ianya  dapat dirawat dengan meletak antibiotik pada ketumbit dan diikuti dengan menuam mata anda dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.  Ianya harus dilakukan sebanyak 3 kali selama satu minggu.

2. Tenyeh ketumbit dengan bawang putih

3. Tuam tempat yang terkena kena ketumbit dengan sudu yangg dihangatkan oleh air panas, amalkan  selalu sehingga  ketumbit pulih.

4. Baca selawat sambil pegang mata yang terkena ketumbit itu, kemudian buat-buatlah anda buangkan ketumbit tu dari mata.

5. Belilah ubat mata jenama Eyeglo bewarna pink dari farmasi berdekatan.

6. Tuam ketumbit itu dengan air suam dengan mengunakan kain yang bersih.

7. Sebelum ketumbit membesar, ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gosokan pada ketumbit itu agar segera pecah.

8.  Ambik daun belimbing buluh, kemudian basuh bersih-bersih, tumbuk sehingga hancur, kemudian sapu sekeliling kelopak mata, kemudian anda akan terasa seperti ketumbit tu di tarik-tarik, .itu adalah disebabkan proses mengecutkan ketumbit, ulanglah langkah beberapa kali. 

Bolehkah ketumbit berjangkit? Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.



loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.