Header Ads

8 Rawatan Semulajadi Untuk Hilangkan Kahak




1. Stim

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk singkirkan kahak dari sistem pernafasan kita dengan mencairkannya.

Ia boleh dilakukan sama ada dengan:

Mandi dengan bilik air yang penuh dengan wap air panas, 2 kali sehari. Kami akan penuhkan bilik mandi dengan wap air panas (bukak pemanas air pada suhu maximum) dan duduk dalam bilik air selama 10 minit untuk mencairkan kahak. Lepas tu baru tepuk sikit belakang anak-anak mengikut teknik percussion yang betul

Atau kadangkala kami akan sediakan semangkuk air panas, tutup kepala mereka dengan tuala agar wap air tidak terkeluar dari bahagian muka. Nak buat ni kene berhati-hati. Zuyyin dah cukup besar nak faham, masa teknik ini tak boleh gerak-gerak, bahaya. Tapi untuk Zayra yang baru masuk 2 tahun ni, ibu atau ayah akan bersama-sama masukkan muka dalam tuala tu agar kita dapat rasa tahap panas tu macam mana, dan dapat kurangkan rasa takut anak kita. Letakkan 2-3biji bawang putih yang dah diketuk ke dalam mangkuk air panas ni. Jadi, bila wap air panas beserta wap bawang putih masuk ke dalam peparu, ia boleh bantu melawan virus dan bakteria di situ.

2. Air garam

Kumur air garam suam. Air suam membantu melegakan tekak yang merengsa, manakala garam membantu membunuh kuman penyebab jangkitan, yang seterusnya mengurangkan penghasilan kahak.

3. Jus lemon

Lemon adalah bahan terbaik untuk mencairkan kahak. Tambahan pula lemon ni kaya dengan Vitamin C dan sifat antibakteria yang tinggi bantu badan kita untuk melawan sebarang jangkitan.

4. Halia

Halia memang terbaik untuk mencairkan kahak. Campurkan halia dan lemon yang dihiris halus bersama dengan madu,masukkan dalam bekas bertutup. Ia adalah ‘ubat batuk’ semulajadi. Setiap kali nak minum, ambil 1 sudu dan campurkan dalam segelas air suam. Amalkan sehari 3 kali

5. Sup ayam/sup tulang

Kalau anak-anak tak sihat memang sup ayam/ sup tulang menjadi sajian setiap hari. Buat marcaroni sup, mee sup, bihun sup, nasi dan sup serta bubur lambuk. Bila tak sihat, badan perlukan protein untuk menjadi makanan bagi sel badan melawan virus dan bakteria.

Sup ayam dan sup tulang kaya dengan protein, reneh lama sedikit (sekitar 2jam atau agak-agak isi dah berpisah dari tulang). Lebihkan bawang putih, bawang merah serta halia. Ini semua adalah makanan antivirus dan antibakteria dan dapat membantu meningkatkan imun sistem.

Lagipun sup yang suam tadi dapat membantu melegakan tekak dan mencairkan kahak.

6. Madu

Madu mempunyai sifat antibakteria, antivirus dan antifungus. Ia juga bersifat antiseptik dan kesemua sifat ini menjadikan madu sebagai salah satu bahan yang wajib ada dirumah untuk merawat pelbagai penyakit.

Campurkan madu dengan lemon dan juga halia yang dihiris halus sebagai ‘ubat batuk semulajadi’

7. Bawang

Bawang bersifat antibiotik, antiradang dan dapat melegakan keradangan pada tekak bila batuk berkahak. Sebab tu bila masak makanan Zuyyin dan Zayra, terutamanya apabila mereka kurang sihat, lebihkan bawang.

8. Lobak

Lobak kaya dengan Vitamin C dan bersifat antioksidan yang mampu meningkatkan imun sistem dan membantu menghalang sebarang jangkitan. Lobak juga diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan vitamin yang menjadikannya elok untuk merawat kahak.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.