Header Ads

BAHAYA!! Jangan Terlalu Lama Simpan Telur dalam Peti Sejuk, Ini Akibatnya ...





Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan yang betul adalah penting kerana untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan.

Tahukah anda jika fungsi peti sejuk tidaklah terlalu sesuai untuk semua makanan yang disimpan di dalamnya terutama menyimpan telur. Para saintis mengatakan fakta bahawa menyimpan telur ayam di peti ais satu cara yang tidak sihat. Sebab telur yang disimpan dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria yang lebih banyak dan sangat membahayakan kesihatan badan anda.

Dan berikut beberapa akibat jika anda menyimpan telur dalam peti sejuk:

1. Kualiti menurun

Menyimpan telur di dalam peti sejuk boleh membuat kualiti telur menurun. Jadi jika anda sering membuat kuih atau membuat makanan apa saja yang menggunakan telur maka hasilnya tidak akan maksimum. Hal ini disebabkan oleh kualiti telur yang sudah menurun kerana berada di dalam peti sejuk. Lebih baik simpan telur dalam suhu bilik atau di tempat bersuhu sejuk.

2. Cepat membusuk

Selain menurunkan kualiti, peti sejuk juga boleh membuat telur mudah reput. Jadi, elakkan jika anda menyimpan banyak telur di dalam peti sejuk. Lebih baik simpan diluar peti sejuk ditempat yang sejuk jika anda tidak ingin kehilangan banyak stok telur dirumah.

3. Menyebabkan pertumbuhan bakteria

Sebuah kajian di Eropah membuktikan, telur yang disimpan dalam peti sejuk dan kemudian meletakkannya di luar pada suhu bilik boleh menyebabkan pemeluwapan, iaitu menggalakkan pertumbuhan bakteria pada cengkerang yang mungkin boleh masuk ke telur juga. Hal ini menyebabkan telur tidak sihat untuk dimakan dan mudah rosak.

Sebenarnya telur yang telah dibasuh tak boleh disimpan dalam peti sejuk. Basuh bersih-bersih dan terus gunakan untuk masakan anda. Untuk mengetahui berapa lama sesuatu makanan itu elok di simpan boleh rujuk jadual dibawah.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.