Header Ads

Betul Ke Tak Boleh Minum Air Sejuk Lepas Makan Makanan Berlemak?





Pernah dengar tak orang cakap, jangan sesekali minum air sejuk selepas makan makanan berlemak kerana lemak akan menjadi beku dan menghalang laluan darah?

Pasti ramai yang menyangka pantang larang tersebut adalah benar dan ais tidak digalakkan selepas makan makanan berlemak, ya tak? Sebenarnya ia adalah mitos sahaja dan kenyataan ini dijawab sendiri oleh Doktor Abd Ghani Hassan. Korang baca dekat bawah ni :

Berkenaan memakan lemak dan minum air sejuk.

Ada orang beritahu saya yang kita tidak boleh minum air sejuk atau air berisi air batu selepas makan makanan yang berlemak. Katanya ia akan menyebabkan lemak itu beku dan akan menyumbat saluran darah kita.

Saya kata kepada kawan saya, Allah telah membuat satu sistem yang dinamakan "homeostasis" dalam bahasa perubatan moden. Homeostasis ialah sistem pengimbangan dalam badan dimana keadaan badan akan sentiasa berada dalam keadaan normal termasuk suhu badan kita.

Walau pun didedahkan kepada suhu yang sejuk, suhu badan kita akan tetap berada dalam lingkungan 36 - 37.5 darjah celsius. Jadi walau pun kita minum air yang ada air batu, suhu air itu akan ditingkatkan kepada suhu optima badan.

Jadi pembekuan lemak dalam badan kita tidak akan berlaku.

Keduanya, lemak diserap masuk ke dalam darah bukan dalam bentuk pepejal, ia diserap dalam bentuk molekul individu. Jadi proses pembekuan lemak tidak sama sekali akan berlaku didalam saluran darah.

Jadi jangan khuatir, nikmatilah air sejuk atau berair batu tanpa was-was -Dr Abd Ghani Hussain

Kredit: THR Gegar



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.