Header Ads

Cara Mudah Mencuci Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama Tapi Ramai Yang Tak Tahu





Salah satu barang yang penting dan sangat membantu pekerjaan rumah adalah mesin basuh. Sangat berguna untuk membantu meringankan pekerjaan mencuci pakaian dengan lebih mudah dan cepat, jadi anda kenalah ambil tahu macam mana nak jaga mesin basuh agar boleh tahan lama.

Fungsi mesin basuh adalah mencuci pakaian agar bebas dari kuman. Tapi adakah anda tahu bahawa dalam mesin basuh pun terdapat kuman? Jangan panik. Kerana sama seperti pakaian yang harus dicuci setiap hari, mesin basuh pun harus dibersihkan secara berkala untuk menghilangkan bau dan menghilangkan kuman. 

Ramai yang menggunakan mesin basuh tanpa mencucinya untuk sepanjang hayat mesin basuh ini kerana tidak mengambil tahu mengenai pembersihan terhadap mesin basuh. Mesin basuh perlu dijaga kebersihannya agar ia boleh tahan lama dan berkhidmat sebaiknya kepada pemilik. Berikut adalah tip untuk membersihkan mesin basuh:

Luaran Mesin Basuh:

Supaya luaran mesin basuh anda tetap berkilat, lap dengan cuka atau pembersih serbaguna. Gunakan nisbah 1:1 dengan air biasa jika menggunakan cuka pekat. Nak mudah pastikan beli cuka yang telah dicairkan sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Drum:

Tuang dua gelas cuka atau perahan air lemon ke dalam drum cuci dan hidupkan mesin basuh pada temperature panas sehingga bau, sisa kotoran, dan bekas detergen akan hilang. Nak mudah lagi boleh beli pencuci drum mesin basuh macam dibawah ni.


Penutup Mesin Basuh: 

Gosok penutup mesin basuh dengan cuka untuk menghilangkan kulat dan sisa detergen yang tumpah dan melekat.

Getah Pada Penutup:

Bila mesin basuh anda jenis front-loader, buka getahnya, dan periksa adakah terdapat kulat. Gunakan cuka untuk membersihkannya.

Laci Detergen:

Ini adalah bahagian mesin basuh tempat berkumpulnya kuman-kuman akibat tumpahan sisa detergen. Jika boleh, keluarkan laci dan bersihkan. Jika tidak boleh dikeluarkan boleh bersihkan dengan berus gigi.

Agar mesin basuh sentiasa terjaga, anda pun harus bijak memilih jenis detergen. Buih tambahan dan pelembut kain yang terkandung dalam detergen menyebabkan sisa-sisa bahan detergen tertinggal di dalam mesin basuh selepas selesai proses cucian. 

Selain itu, apabila selesai menggunakan mesin basuh, biarkan mesin basuh sedikit terbuka agar udara di dalamnya dapat berputar untuk menghindarkan bau busuk. Jangan lupa untuk selalu membersihkan mesin basuh secara berkala paling tidak sebulan sekali bagi memastikan ianya boleh digunakan secara efektif lebih lama.



loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.