Cara Semulajadi Untuk Membesarkan Payudara Tanpa Pembedahan



Sebenarnya ada banyak cara semulajadi yang boleh anda cuba untuk membesarkan payudara anda tanpa perlu melakukan pembedahan

Berikut ini cara nak besarkan payudara secara semulajadi dan selamat yang boleh anda cuba.

1. Gunakan putih telur sahaja

Sapukan payudara dengan menggunakan putih telur pada malam hari ketika anda hendak tidur. Urut lembut, dan biarkan semalaman. Keesokan pagi, bilaslah dengan air suam sambil melakukan urutan melingkar. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang baik.

2. Khasiat daun sirih

Petua tradisional ini dikatakan berkesan dan sering diamalkan oleh gadis-gadis remaja pada zaman dahulu. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda dan berdaun lebar. Letakkan minyak kelapa secukupnya pada daun sirih tersebut. Layurkan dengan menggunakan api lilin dan sapukan pada buah dada. Biarkan sehingga kering dan lakukannya secara rutin.

3. Kunyit, madu dan bawang merah

Campurkan bawang merah dengan kunyit hidup yang telah dikisar halus serta madu sebagai krim. Kemudian sapukan krim tersebut sambil mengurut lembut payudara. Biarkan selama 30 minit dan lakukanya secaa teratur bagi mendapatkan hasil sepertimana yang anda impikan.

4. Labu

Labu juga dikatakan mampu membesarkan saiz payudara. Rebus labu tersebut hingga menjadi lembik. Lumatkan. Biarkan sejuk, kemudian sapukan pada seluruh payudara selama 20 minit. Lakukan dua kali seminggu.

5. Kacang panjang

Gunakan tuala kecil, dan tuam payudara dengan air suam. Kemudian, ambil kacang panjang yang sudah dilumatkan dan sapu di seluruh permukaan payudara. Biarkan selama tiga jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Lakukan tiga kali seminggu.

6. Gunakan minyak ikan

Minyak ikan sangat bagus digunakan sebagai minyak untuk mengurut payudara. Sapukan pada payudara setelah mandi. Urut perlahan-lahan dan lakukanya secara rutin.

Selain dari itu, anda boleh mencuba untuk mengamalkan pengambilan makanan yang terbukti dapat membantu untuk membesarkan payudara.

1. Pengambilan Soya

Soya serta produk makanan yang diperbuat daripada soya dikatakan sangat baik untuk membesarkan payudara. Kandungan estrogen semulajadi yang terdapat pada soya mampu memenuhi keperluaan hormon estrogen tubuh sehingga berupaya membesarkan payudara.

2. Kebaikan Susu

Sama juga seperti soya, susu juga mengandungi estrogen semulajadi sehingga jika diambil secara teratur ia cukup baik untuk perkembangan payudara anda.

3. Kacang

Hampir kesemua jenis kacang kaya dengan kandungan zat besi dan serat. Ia mampu meningkatkan hormone estrogen dalam tubuh di mana hormone ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan payudara.

4. Pengambilan Rempah Ratus

Rempah ratus seperti kunyit, halia, lada, cengih dan aregano juga sangat bagus untuk membesarkan payudara. Jadi, perbanyakkan bahan-bahan ini pada masakan anda.

loading...

Loading...

0 comment... add one now