Header Ads

Demi Menjamin Masa Depan Keluarga, Lelaki Berusia 31 Tahun Ini Gigih Duduki PT3





Untuk mendapatkan jawatan tetap sebagai pemandu di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), lelaki yang berusia 31 tahun ini menduduki peperiksaan PT3. 

Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid, gigih menduduki semula ujian itu selepas gagal sebelum ini demi mencapai impiannya.

“Saya tidak akan berputus asa, malah akan terus berusaha sehingga berjaya mendapat sijil berkenaan memandangkan saya benar-benar menginginkan jawatan tetap itu untuk menjamin masa depan kami sekeluarga,” katanya kepada akhbar Utusan. 

Bapa kepada empat orang anak ini mengulangkaji sendiri di rumah dengan bantuan jiran yang juga pelajar tingkatan 3. - Utusan Online


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.