Header Ads

Gagal Bayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Dato Vida Mengaku Tidak Bersalah





Ipoh: Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 32 pertuduhan.

Beliau didakwa gagal kemuka penyata dan gagal bayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta bagi April 2015 hingga Julai 2016.

Bagaimanapun, Hasmiza, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di depan Hakim Murtazadi Amran.

Dia yang juga pemilik tunggal Syarikat Vida Beauty didakwa atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 kerana gagal mengemukakan penyata GST antara April 2015 hingga Julai 2016.

Untuk baki 16 pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 kerana gagal membayar cukai GST dikenakan terhadapnya dalam tempoh masa ditetapkan bagi April 2015 hingga Julai 2016.

Murtazadi kemudiannya membenarkan Hasmiza diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan RM60,000 bagi setiap pertuduhan gagal membayar cukai dengan seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport antarabangsanya.

Kes akan disebut semula 15 November ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Hasmiza diwakili peguam Khairil Azwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas. - Harian Metro


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.