Header Ads

Guna 9 Cara Berkesan Ini Kalau Nak Bintik Hitam Di Muka Hilang Dengan Cepat





Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang pori. Selain itu, kulit muka juga akan jadi berlubang-lubang dan membentuk bintik hitam! Jadi, cara pencegahannya senang sahaja. Korang guna 9 bahan semulajadi ini dan hasilnya memang berkesan.

Ais

Ambil kiub ais dan balut dengan kain dan letak di bahagian kulit yang bermasalah.  Lakukan selama 30 saat. Kalau tiada masa terluang, korang boleh cuci muka dengan air sejuk berais sekali sehari. Nak lagi berkesan, korang gantikan air ais dengan jus timun, jus epal atau teh hijau dengan syarat air tersebut harus disejukkan.

Kenapa ais? Fungsi ais adalah meningkatkan simulasi pengaliran darah yang membantu kulit untuk jadi lebih sihat.

Cuka Epal

Campurkan cuka dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka. Biar hingga kering dan kemudian bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka

Cuka epal boleh menegangkan kulit muka.

Putih Telur

Ambil putih telur dan pukul dalam bekas kemudian sapu pada muka. Bilas sebaik sahaja jadi kering. Jangan lupa untuk letakkan tisu di atas muka selepas sapu putih telur tersebut. Tarik tisu tersebut selepas putih telur itu betul-betul kering di muka korang. Lakukan 2 kali seminggu okay

Putih telur sangat membantu untuk mengecilkan liang pori dan menghalang kulit muka berminyak.

Skrub gula

Cara-caranya:
  • dua sudu gula
  • satu sudu minyak zaitun
  • sedikit jus lemon
  • Gaul kesemua bahan ini dan sapu pada muka.
  • biarkan selama 30 minit
  • bilas

Lakukan setiap hari. Kalau nak skrub gula korang wangi, boleh letak kayu manis .

Skrub gula juga membantu mengurangkan minyak di muka dan mengecilkan liang pori.

Soda bikarbonat

Jadikan soda bikarbonat sebagai pes . Ambil dua sudu soda bikarbonat dan letak dalam air. Sapau di wajah dan urut wajah untuk memastikan pes tersebut serap di kulit muka.

Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dna merawat masalah jerawat di muka.

Jus Lemon

Letak satu sudu madu dalam jus lemon. Sapu selama 15 minit di muka sebelum bilas. Lakukan setiap hari tau!

Untuk kekal cerah, hilangkan bintik hitam dan mengecilkan liang pori boleh guna kaedah ini

Timun

Jadikan timun sebagai jus. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Guna cara ini setiap hari dan jangan lupa durasinya dalam 15 minit tau! Kemudian bilas okay!

Yogurt

Senang sahaja, beli yogurt original tu. Kemudian sapu dekat kulit muka selama 10 minit dan bilas. Yogurt membantu menghilangkan garis kedut di muka, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati.

Oat
  • sediakan 2 sudu oatmeal
  • sudu susu tepung
  • Campurkan 5 sudu madu
  • Gaul sampai sebati dan sapu di muka. Sapu sampai kering dan bilas

Lakukan kesemua 9 cara ini dan jangan dedahkan kulit muka anda pada sinaran matahari.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.