Header Ads

Ini Mungkin Penebar Roti Canai Paling Comel Pernah Korang Jumpa.






Baru-baru ini, viral dilaman sosial satu klip video pendek, seorang gadis comel dilihat sedang menebar roti canai, dan ramai yang rata-rata jatuh cinta melihat kecomelannya.

Gadis penebar roti canai yang baru sahaja berusia 17 tahun, Fatin Farhana Mohd Suad, dilihat sedang membantu di gerai ibunya yang terletak di Bidor, Perak.

Memetik sumber Harian Metro, Fatin berkata “Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar tak menjadi.”.

Anak ke-4 daripada 5 adik beradik ini berkata, beliau mengambil masa 3 hari bagi menguasai teknik menebar roti tersebut daripada ibunya.

A video posted by Fatin Kecik (@fatin744) on

Gerai yang beroperasi hanya pada hujung minggu daripada jam 5 petang hingga 12 tengah malam, terletak di Jalan Berseh, Bidor, Perak, turut dikenali sebagai “”Kak Ita Corner”.

Sumber: ERA fm




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.