Header Ads

Jangan Terkejut.!! Ular Terbesar Di Dunia Ditemui Susulan Letupan Di Sebuah Gua Di Brazil




Seekor ular terbesar di dunia telahpun ditemui di sebuah tapak pembinaan hidroelectric di Brazil. Menurut berita, sebuah letupan yang berlaku di salah sebuah gua di Brazil telah menyebabkan sesuatu yang menakutkan timbul di permukaan tanah.

Difahamkan bahawa pekerja di salah tapak pembinaan telah dikejutkan dengan penemuan seekor ular gergasi Anakonda bersaiz lebih kurang 33 kaki panjang dan kira-kira 400kg berat. Ular tersebut ditemui susulan daripada sebuah letupan yang berlaku di salah sebuah gua di Altamira, Para (Brazil).

Ular gergasi tersebut telah dirantai dan diangkut menggunakan kren (seperti dalam gambar di atas). Walaubagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada ular itu dilepaskan semula ke habitat asalnya atau tidak. Ada juga yang berpendapat bahawa ular itu sudahpun mati disebabkan cedera parah akibat daripada letupan yang berlaku sehingga menyebabkannya keluar dari tempat persembunyiannya selama ini.


Di bawah ini ialah tempat tapak pembinaan hidroelektrik (Belo Monte Dam) di mana ular terbesar dan terpanjang di duniaa itu ditemui. Difahamkan ianya akan menjadi empangan hidroelektrik yang keempat terbesar di dunia.


Tahukah anda sebesar mana ular terbesar di dunia yang pernah diketahui? Untuk pengetahuan semua, ular terbesar di dunia yang pernah direkodkan dalam Guinness World Record adalah Medusa, iaitu ular di Kansas City USA dengan saiz sepanjang 25 kaki dan 2 inci panjang.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.