Header Ads

Kanak-kanak Autism Ini Dirantai Seperti Haiwan Oleh Neneknya Kerana Terlalu Aktif Hingga Mengganggu Jiran.





Tuban, Indonesia: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dirantai dalam keadaan bogel oleh keluarganya sendiri di sebuah bilik kecil bersebelahan kandang kambing.

Mei Dias Jati Irawan atau dikenali sebagai Medi itu dipercayai mengalami autisme dan dirantai oleh neneknya sendiri sejak dua tahun lalu di sebuah rumah di Dusun Ngulahan, Tambakboyo dekat sini.

Neneknya, Sumirah berkata, dia terpaksa merantai Medi kerana cucunya terlampau aktif hingga mengganggu jirannya.

“Kalau tidak dirantai dia akan merosakkan semua benda yang ada di sekitarnya termasuk milik jiran,” katanya.

Ujarnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa merantai tangan kiri Medi supaya mudah kanak-kanak itu dikawal ketika dibawa ke mana-mana. - Harian Metro


Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.