Header Ads

Korang Selalu Kena Migrain? Amalkan 5 Langkah Ini Untuk Menghilangkannya




Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu. Ada sampai tahap menghantukkan kepala ke dinding dan menarik-narik rambut sebab terlalu sakit. Kadang kala migrain ni datang disebabkan faktor cuaca, sama ada terlalu panas atau terlalu sejuk. 

Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 5 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan 'berpusing' lagi.

1. Kurangkan kopi

kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.

2. Makan syuran hijau dan kekacang

Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.

3. Tidur yang cukup

Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak
menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)

4. Minum banyak air kosong

Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.

5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu

Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.  

Sumber: Doktor Alexander Mauskop untuk ruangan majalah Men's Health


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.