Header Ads

Makan Mee Segera, Kandungan Berpontensi Menjadi Gay?




Seorang ahli politik Indonesia telah menarik perhatian umum apabila beliau mengatakan dengan memberikan susu formula dan mee segera kepada bayi boleh menyebabkan mereka menjadi homoseksual.

Datuk Bandar Tengerang, Indonesia, Arief R Wismansyah mengatakan berkenaan itu ketika seminar kehamilan yang diadakan di bandar tersebut.

“Bagi membuatkan kanak-kanak Indonesia sihat dan berdaya saing adalah penting untuk mulakan daripada awal iaitu memberikan mereka makan yang bernutrisi tinggi dan ibu-ibu perlu memberikan susu badan kepada anak mereka,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Coconuts Jakarta.

Menurut beliau lagi kerana kesibukan ibu bapa bekerja, mereka cenderung memberikan anak-anak makanan segera yang tidak berkhasiat seperti mee segera dan susu tepung. Beliau turut mendakwa kedua-dua makanan ini boleh menyebabkan kesan tidak baik kepada perkembangan kanak-kanak.

“Oleh itu tidak hairanlah sekarang ini bilangan LGBT makin bertambah,” tambahnya lagi.

Kenyataan kontroversi Wismansyah itu mungkin mengejutkan ramai orang tetapi itu bukanlah kali pertama kenyataan berunsurkan anti-gay di negara Asia Tenggara itu. Sebelum ini Menteri Pertahanan Indonesia turut membuat kenyataan bahawa pergerakan LGBT lebih berbahaya daripada perang nuklear.

Manakala, pada Januari lalu, Menteri Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, turut menggesa supaya pelajar LGBT diharamkan daripada universiti.

Kredit: Vitdaily


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.