Header Ads

Penyakit Darah Tinggi Pembunuh Senyap Yang Ramai Orang Tidak Sedar




Masalah utama dengan Darah Tinggi ialah ianya datang tanpa simptom dan kita tidak sedar kita telah mengidapnya. Bila organ sudah rosak dan komplikasi lain sudah timbul, barulah biasanya disedari bahawa seseorang itu ada penyakit Darah Tinggi. 

Pada ketika ini, tentulah ianya telah di kira terlambat. Tujuan utama kami memberi ubat seumur hidup kepada pesakit Darah Tinggi ialah agar Serangan Jantung, Lemah Jantung, Stroke, Pendarahan Otak, Kegagalan Buah Pinggang, Buta dan sebagainya tidak berlaku.

Bila tekanan darah telah naik, urat urat darah yang sangat halus dan rapuh didalam organ organ tapi akan pecah / rosak / bocor dan sebagainya, sekaligus memusnahkan organ-organ tadi. 

Kesan ini sangat mudah bila kita melihat pesakit stroke, dimana hidup mereka sangat banyak bergantung pada orang lain dan sebahagian besar pesakit tidak lagi produktif.

Jagalah kesihatan anda dan sedarilah betapa rapuhnya organ ogan anda..

Sumber: CARI forum




loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.