Header Ads

Ramai Nak Jadi Pilot Akibat Penangan Suri Hati Mr Pilot. Ni Pilot Sebenar Kongsi Tips !




Sekarang ni memang drama Suri Hati Mr Pilot sedang hangat dimainkan di Astro Ria. Semua dah demam cinta Ejaz dan Warda dah. Apa taknya, Warda si cantik Neelofa. Dengan Ejaz di handsome Fattah. 

Tiba-tiba je semua nak jadi pilot kan sebab dalam drama ni pilot-pilot boleh tahan kacak kan? Ni pilot sebenar nak share tips power kalau korang kat luar tu nak jadi airline pilot. 

1. Kelayakan yang diperlukan adalah SPM. Fokus 3 subjek dalam SPM. Hanya 3 subjek sahaja, amat mudah. Subjek tersebut ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains (atau Fizik), selain subjek Bahasa Melayu yang wajib lulus.

2. Cari sekolah penerbangan yang baik. Anda bernasib baik jika dapat mengikuti latihan kadet pilot yang diambil oleh airline sendiri. Jadi tidak perlu risau untuk mencari kerja selepas mengikuti latihan penerbangan.

3. Jaga kesihatan. Salah satu syarat untuk diambil bekerja ialah anda sihat. Bersukanlah tapi bukan mengikuti sukan yang ekstrim. Tiada gunanya jika sampai cedera. Anggota fizikal anda adalah aset dalam kerjaya ini.

4. Simpan duit. Sekolah penerbangan memerlukan belanja sehingga RM300,000. Oleh itu jika tidak mampu, salah satu caranya ialah anda boleh memohon sebagai kadet pilot airline. Ia diiklankan dari semasa ke semasa.

5. Berlatih soalan interview. Salah satu ujian yang mesti dilepasi ialah interview. Boleh beli dan baca buku-buku interview. Salah satu soalan yang famous ialah, kenapa anda mahu jadi pilot?

6. Tambah ilmu penerbangan. Dunia penerbangan adalah dunia teknologi yang baru. Setiap masa ada sahaja update terkini yang boleh dipelajari. Ini amat membantu anda untuk menjadi seorang juruterbang airline yang berkaliber.

7. Berdoalah. Firman الله swt berdoalah, nescaya akan Aku perkenankan..

Kredit: ERA fm



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.