Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Kolesterol



Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa' dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi. Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada. 

Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan. Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan. 

Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat. Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan ......saya rasa ada kebenaran cerita ini.

Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah...Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah.....Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. 

Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan Jus lemon 
2. Satu cawan Jus Halia 
3. Satu cawan Jus Bawang Putih 
4. Satu cawan Cuka Epal 
5. Tiga cawan Madu Asli. 

Cara Membuatnya 

Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum. 

Sukatan Minumannya 

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis. 

Supliment Tambahan 

Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :- 

1. Surah Al Fatihah 
2. Ayat Kursi 
3. Solawat Syifa 
4. Solawat Tafjiriyah 
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30 
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24 
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118

Selamat mencubanya. 

Sumber: http://fenditazkirah.blogspot.my/

0 comment... add one now