Header Ads

Suami Ketagih Judi Sanggup Nak Lacur Isteri




Kuala Lumpur: Akibat ketagihan judi, bukan kereta dan barang kemas sahaja yang dijual, malah wanita bergelar isteri sanggup dilacur untuk melangsaikan hutang suami kaki judi.

Itu situasi malang yang dialami seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 37, selepas suaminya yang juga bekas kakitangan kerajaan terjebak bermain judi dalam talian sejak dua tahun lalu.

Ayu yang sebelum ini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, kehidupan rumahtangganya kian hancur selepas suaminya mula berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di kawasan itu sehingga berubah menjadi ‘penagih’ judi.

Katanya, suaminya yang dulu seorang yang bertanggungjawab dan penyayang, berubah 360 darjah menjadi seorang yang pemarah dan tamak.

“Suami saya pernah berhenti main judi selepas pihak berkuasa membuat operasi besar-besaran sehingga semua pusat judi di Port Dickson ditutup. Tetapi apabila sindiket mula beroperasi semula, suami kembali berjudi. - Harian Metro

p/s: Wahai wanita di luar sana, sebelum anda ingin memilih pasangan hidup, lebih baik selidik dulu latar belakang pasangan anda. Jumpa keluarga dan buat perancangan rapi untuk masa depan..


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.