Header Ads

Suspek Kes Bunuh Pegawai JPJ Telah Ditangkap.





MO, 19/10/2016, KUALA TERENGGANU – Suspek kes bunuh pegawai JPJ di Pejabat Agama Wisma Seri Iman Kuala Terengganu berjaya ditangkap oleh polis hari ini.

Suspek Mohd Hafiz Mohamad bersembunyi selama 4 hari dari buruan polis dipercayai dengan bantuan bapa saudara dan rakan subahatnya.

Gambar suspek yang ditangkap telah tersebar di Aplikasi WhatsApp tengah hari ini.

Namun lokasi dan masa belum dapat disahkan setakat ini. Pihak polis akan membuat sidang media khas di Ibu Pejabat Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu petang nanti.

Pada 17 Oktober lalu, polis telah menahan dua lelaki dalam dua serbuan yang berasingan bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan kakitangan JPJ Mohd Shukri yang di tikam di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAT)sebanyak enam kali.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang 17 Oktober lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai rakan suspek ditahan di di Jalan Tanjung Bunut, Kampung Buluh Gading, Terengganu.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah itu mengakui kereta yang dinaiki suspek adalah miliknya dan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk disorokkan di Kampung Dusun Tembakau.

Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Balai Polis Manir menyerbu lokasi tempat kereta tersebut disorok iaitu di tepi kawasan padang rumput, di sebelah kandang lembu di Kampung Dusun Tembakau.

Susulan serbuan itu, polis menahan bapa saudara kepada rakan suspek yang berusia 55 tahun untuk siasatan.

Kedua-dua lelaki berkenaan direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini untuk siasatan. -Terengganu Times



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.