Header Ads

Tak Sangka 10 Barang Rumah Ni Ada Tarikh Luput dan Ianya Bukan Makanan




Selama ni kita tahu barang makanan di dapur memang ada tarikh luput, tapi barang rumah lain rasanya tak ada pula nak fikir tarikh luput. Macam bantal atau tuala pakai je la selagi elok kan? Korang silap sebab dua barang ni pun ada tarikh luput !

1. Bantal 2-3 tahun.

Katil simpan paling banyak bakteria sebenarnya. Lagi satu kalau rasa leher dah tergeliat lepas bangun tidur haaa bantal dah expired la tu. 

2. Selipar 6 bulan

Aik? Selipar kalau dah haus ke putus ganti la baru kan. Selipar kena selalu basuh macam kasut juga. 

3. Span badan 2 minggu

Baca Bahaya Span Badan . Kami ada kongsi kenapa span badan ni paling banysak bakteria. 

4. Tuala 1-3tahun

Tuala yang lembab dan basah memudahkan pembiakan bakteria. Korang pun mesti tak suka pakai tuala lembab kan dan berbau busuk. Kalau tuala penuh tahi lalat hitam tu maknanya penuh gila bakteria la. 

5. Berus gigi 3 bulan

Semestinya berus gigi yang dah kembang kena tukar. Tapi sekiranya korang ada selsema atau sakit, segera tukar berus gigi. 

6. Sikat rambut 1 tahun

Jangan biarkan rambut tergumpal kat sikat tu. Cuci sikat rambut paling kurang seminggu sekali.

7. Minyak wangi 1-3 tahun

Ada dua jenis minyak wangi, Eau de parfum tahan 3 tahun kalau ditutup elok, dan 2 tahun kalau dibuka. Tapi kalau eau de toilette boleh tahan 4 tahun kalau ditutup elok, dan 2 tahun kalau dibuka. 

8. Coli 1-2 tahun

Pakaian memang tahan lama. Tapi buat perempuan, coli korang mesti ditukar setiap setahun hingga 2 tahun !

9. Extension plug 1-2 tahun

Extension plug ni ada kapasiti dia. Kalau dah terlebih kang meletup pula. Jadi, hati-hati.

10. Kasut sukan 1 tahun

Bila kita selalu guna, setiap hari pakai untuk jogging dan sebagainya. Kasut tu akan haus dan span dalam tu akan kurang kelembutan dan beri tekanan pada kaki korang. 

Kredit: ERA fm





Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.