Header Ads

TELEKUNG LYCRA: SAH ATAU TIDAK DIPAKAI UNTUK SOLAT..




Rentetan daripada post tentang aurat lelaki semalam, ada yang meminta di jawab mengenai telekung lycra. Adakah sah di pakai utk bersolat?

Sebenarnya apabila kita menyebut MENUTUP AURAT ia biasa merujuk kpd menutup aurat dlm solat. Jadi ada yg terkeliru dgn istilah ini sampai menyamakan tutup aurat dalam solat dan tutup aurat di luar solat. Oleh itu, ada sebahagian ulama' memberikan nama yg berlainan utk 2 keadaan itu. Ada yg menamakan TUTUP AURAT khusus bagi solat dan HIJAB atau BERHIJAB bagi menutup aurat di luar solat ( di hadapan lelaki bukan mahram/ajnabi)

MENUTUP AURAT

Ulama meletakkan 2 syarat utama bagi penutupan aurat dlm solat iaitu:

1. Kain( atau sebarang benda lain) yang dapat menghalang daripada dilihat warna kulit. Walaupun ia hanya sekadar dilumur dgn lumpur, sahlah solatnya.

2. Ditutup bahagian atas dan tepi mengikut mazhab syafie. Tidak wajib di tutup bahagian bawah. 

*Adapun berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh, ianya makruh bg perempuan dan khilaf al awla bagi lelaki kerana ia menunjukkan kurang adab di hadapan Allah S.W.T. Hukum ini nisbah kepada solat.

SYARAT HIJAB:

Hijab bukan hanya tudung. Ia meliputi seluruh pakaian yang di gunakan utk menutup aurat di hadapan org yang boleh di kahwini ( ajnabi). Ulama' meletakkan syarat hijab ini seperti berikut:

1. Pakaian itu bkn perhiasan pada zatnya kerana perempuan di haramkan menzahirkan perhiasan kepada lelaki ajnabi

2. Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan apa yang di sebalik pakaian.

3. Pakaian tersebut tidak membalut membentuk tubuh badan.

4. Pakaian itu tidak terlalu wangi. Ini krn haram wanita memakai wangaian menarik perhatian lelaki ajnabi.

5. Pakaian itu tidak menyerupai lelaki dan perempuan2 fasiqah.

6. Menutup seluruh badan. Ini mengikut pendapat yg muktamad dlm mazhab imam syafie. Namun ada juga pendapat yg mengatakan tidak wajib menutup muka dan tangan sebagaimana amalan sebahagian besar orang Islam di Malaysia

* Jadi kita faham bahawa tutup aurat sebagai syarat sah solat berbeza dengan hijab. Tutup aurat utk solat dgn menggunakan lumpur pun sudah di kira sah solat. Tetapi utk perempuan berhadapan dgn org ramai dalam keadaan begitu adalah satu perkara yg haram.

**Oleh itu , telekung lycra SAH di gunakan utk bersolat jika memenuhi syarat2 di atas. Tetapi utk memakai dpn lelaki ajnabi adalah di HARAMkan krn menzahirkan bentuk fizikal badan.
WALLAHU A'LAM.

Oleh: Ustaz Mohd Zaki bin Zulkifli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.